Lyne's Kitchen

RH Asap, Tabuan Dayak Kuching

Lyne’s Kitchen bertempat di Rumah Asap, Tabuan Dayak menyajikan pelbagai makanan tradisi tempatan seperti, pansuh ayam, petai, aneka masakan sayuran tempatan dan sebagainya. Dengan konsep local cuisine, semestinya menarik minat penduduk tempatan untuk menikmati masakan daripada Lyne’s Kitchen.

Barangan mentah untuk jualan dibekalkan oleh Timogah.com. Sebuah syarikat perniagaan dalam talian yang menawarkan platform untuk peniaga sayur sayuran, ikan, ayam dan peniaga runcit untuk memasarkan produk mereka di atas talian. Ianya juga terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk berniaga secara dalam talian.

Lyne’s kitchen turut sama membantu dan menyokong peniaga sayuran dan bahan mentah tempatan dengan membeli bahan mentah secara dalam talian. Ianya memudahkan dan mempercepatkan urusan pemilik Lyne’s Kitchen mendapatkan barangan yang segar dan berkualiti.

Lyne’s Kitchen beroperasi setiap hari dari jam 4 petang sehingga 11 malam.

Untuk maklumat lanjut berkenaan, tawaran menu dan sebagainya, layari facebook page Lyne’s Kitchen @ Rumah Asap Tabuan Dayak.

Kami di Timogah.com, mengucapkan ribuan terima kasih kepada pemilik Lyne’s Kitchen, di atas sokongan kepada Timogah.com selama ini.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published.

0
X